Memahami Perhubungan Istimewa Warga Pertama Australia Dengan Bumi Yang Didiami

Tangan anak muda warga kaum asli negara ini menyentuh bumi yang didiami

Memahami perhubungan istimewa warga pertama Australia dengan bumi yang didiami. Vick Smith/Getty Images Source: Moment RF / Vicki Smith/Getty Images

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Warga asli Aboriginal dan orang kepulauan selat Torres mempynuai kaitan istimewa dengan bumi didiami … yang mencorak dan mewarna identiti, budaya, pemahaman serta cara kehidupan mereka. Bumi ini menjadi asas kewujudan kaum orang asli … dan darinya muncul kisah dan sejarah warga asal Australia.


Tajuk Utama
  • Bumi Australia ini tidak boleh dipisahkan dari kehidupan dan budaya kaum orang asli negara ini kerana ia membentuk identiti dan warisan mereka.
  • Perhubungan ini berpunca daripada cerita dan kisah kemasyarakatan sejak turun temurun.
  • Masyarakat umum disaran melawat tapak-tapak istimewa hanya setelah memahami kepentingannya kepada kaum orang asli.
Kaum orang asli Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres mendiami benua Australia sejak 60,000 tahun lalu.

Aunty Deidre Martin ialah warga emas dari suku kaum Walbanga dari bangsa Yuin yang juga bertugas sebagai seorang renjer dengan Perkhidmatan Taman Rimba Kebangsaan di daerah Dharawal di New South Wales.

Bagi beliau, bumi ini bukanlah sesuatu entiti untuk dimiliki.

Sebaliknya, bumi Australia ini ialah sebahagian daripada kehidupan beliau dan setiap warga asal negara ini yang perlu dihormati dan tidak boleh dipisahkan.

Warga pertama negara ini tidak pernah dan tidak akan akui bahawa mereka memiliki bumi yang didiami sekian lama. Peranan masyarakat orang asli ialah sebagai penjaga bumi yang menyediakan penduduknya dengan makanan, air, tempat untuk berlindung dan sebagainya.
Aunty Deidre Martin
Kata beliau, “Tanah ialah suatu istilah namun bagi kaum orang asli negara ini, ianya mengalir dalam tubuh kami sehingga akhir hayat."
Aunty Deidre Martin.jpg
Aunty Deidre Martin ialah seorang renjer yang memperkenalkan budaya dan warisan kaum orang asli kepada masyarakat umum. Credit: Aunty Deidre Martin.
Perhubungan di antara warga asal dengan bumi yang didiami begitu mendalam sekali sehingga mendekatinya sahaja mampu menimbulkan pelbagai emosi yang tidak terkata di kalangan kaum orang asli.

Desmond Campbell dari suku kaum Gurindji dan Alawa-Ngalakan dari daerah Northern Territory ialah Ketua Pegawai Eksekutif, , sebuah organisasi yang giat mempertingkatkan kemewahan serta kejayaan di kalangan kaum orang asli.

Campbell juga mengalami perasaan istimewa yang tidak terkata setiap kali beliau pulang ke daerah suku kaum beliau.

Bagi beliau, bumi di mana beliau dilahir, dibesarkan dan yang didiami oleh keluarga dan suku kaumnya sejak turun temurun begitu istimewa sekali kerana ia adalah tempat selamat yang membawa ketengan jiwa.

Desmond_bio photo.JPG
CEO Welcome to Country, Desmond Campbell. Credit: Desmond Campbell.

Kisah mengenai bumi yang didiami

Desmond Campbell menekankan kepetingan bagi beliau untuk sering pulang ke kampung halaman bukan setakat mengekalkan budaya dan bahasa suku kaum tetapi juga bagi menghayati perhubungan sanubari diantara penghuni dan bumi.

Menurutnya, tenaga sanubari inilah yang melengkapkan beliau untuk menerajui pertubuhan yang diketuai.

Campbell menerangkan perhubungan bumi yang didiami dengan sanubari yang dihayati sejak kecil lagi melalui cerita dan sejarah lisan yang disampaikan oleh nenek moyang beliau.

Tambahnya, kisah yang disampaikan kepada generasi muda oleh generasi tua sejak turun temurun lagi bukan setakat menceritakan kisah dongeng sahaja, malahan ianya mengandungi pengajaran dan sejarah mengenai bumi yang didiami.

Bradley Hardy pula berasal dari suku kaum Ngemba, Ualarai, Kooma and Kamilaroi.

Beliau juga penjaga tapak perikanan orang asli Brewarrina yang terletak di tebing Sungai Barwon.

Bagi Hardy, sungai Barwon melambangkan darah yang mengalir dalam tubuh setiap suku kaum bumi sekeliling.

Ianya juga melambangkan identiti mereka.

Kini Bradley Hardy meneruskan tradisi penyampaian kisah dan sejarah suku kaum beliau selaku peranannya sebagai pemandu pelawat di Muzium Orang Asli Brewarrina.

Jelas beliau, "Kisah yang disampaikan kepada pelawat bukanlah kisah kehidupan saya, sebaliknya bagi memperingati dan mengekalkan warisan kaum orang asli negara ini."

Copy of Untitled Design.png
Bradley Hardy dan tapak perangkap ikan kaum orang asli Brewarrina. Credit: Bradley Hardy.

Memahami tapak istimewa

Perangkap ikan yang diguna oleh kaum orang asli Australia dianggap antara kaedah pembinaan paling tertua di dunia.

Perangkap ini membabitkan susunan batu berbentuk U dan C yang bukan setakat mampu memerangkap ikan, malahan ia juga membenarkan ikan lain untuk terus bebas berenang, justeru meneruskan kitaran hidupnya.

Menurut Bradley Hardy, tapak perangkap ini dianggap istimewa bagi suku kaum orang asli.
Ianya tapak istimewa dan perlu dikekalkan. Tanggungjawab kami ialah mengekalkan warisan ini melalui kisah yang disampaikan kepada generasi muda dan kepada masyarakat umum.
Bradley Hardy
Sementara itu, taman hutan rimba kebangssan di mana Dierdre Martin bertugas sebagai seorang renjer mempunyai beberapa tapak istimewa buat kaum orang asli negara ini.

Saranan beliau, ketahui terlebih dahulu butiran mengenai tapak istimewa ini sebelum membuat lawatan bagi memastikan anda tidak menceroboh atau melanggar adat istiadat orang asli.
Warga asal Australia mengguna lembing untuk menangkap ikan di Cape York, Queensland, Australia
Warga asal Australia mengguna lembing untuk menangkap ikan di Cape York, Queensland, Australia. Credit: Rafael Ben-Ari/Getty Images Credit: Rafael Ben-Ari/Getty Images
Menurut Dierdre Martin, sesetengah tapak istimewa ini khusus untuk kaum lelaki manakala ada pula yang khusus untuk golongan wanita sahaja.


Bradley Hardy menjemput masyarakat umum melawat tapak istimewa ini bagi mempelajari budaya dan warisan warga pertama negara ini.

Namun, beliau mengingatkan semua supaya sentiasa menghormati budaya serta pantang larang tamadun tertua di dunia.

Share